PENGIKUT BLOG

9 September 2011

Hantu Bonceng



Hahahahaaaa...memang gelak je aku tgk trailer filem nih..memang kelakar kot...acutally aku nk ucapkan tahniah kepada pengarah filem ni iaitu Ahmad Idham yang berjaya membuat satu filem genre seram komedi lakonan mantap daripada Zizan dan juga ehem2 nya iaitu Juliana Evans.

Aku memang suka trailer filem ni..so kalu diberikan kesempatan aku ingat nk tgk kot filem ni kat Kedah nanti...

apa-apa pun..tahniah sekali lagi kerana filem ini sudahpon pecah panggung sekarang berjaya mengutip sbyk 5.5juta dalam masa 5 hari..wahhh..tahniah...kira 1 juta 1 hari..perghhhh..memang mantoppp r...hopely sampai la dkt 9juta kot..aminnnn...kaya r pasni Ahmad Idham...hahahahaha...

apa-apa pun...aku VOTE for this filem 5/5...memang hebat...LIKE...

JOM layan sinopsis filem " Hantu Bonceng" walaupun lum tgk lagik.....amik feel... :p

Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

" JOM P PAWAGAM SEKARANG TGK CITER NIH "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan