PENGIKUT BLOG

5 September 2011

Puisi Khas Buat Si Dia...


Sayang
Andai dirimu baca coretan ini
Ku hadiahkan seikhlas hati menyayangi dirimu hingga akhir hayatku

Sayang
Diri ini terasa sunyi bila berjauhan dengan dirimu
Diri ini tidak berdaya lagi untuk menahan kesakitan rindu terhadap dirimu
Andai mampu diri ini berada dekat denganmu
Akan ku genggam penuh erat bersamamu
Tidak akan kulepaskan walau sesaat

Sayang
Diri ini akan menjaga cinta yang diberikan olehmu
Terima kasih kerana menjaga dan mencurahkan kasih sayang terhadap diri ini
Diri ini amat bersyukur sekali

Sayang
Cinta terhadapmu akan kekal selama-lamanya..
Hanya mati memisahkan kita
Ingatlah..diri ini sentiasa merindui dan menyayangimu…

Terima kasih sayang mencintai diri ini….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan