PENGIKUT BLOG

9 September 2011

Samarinda " Jiwa & Lara "



Setelah berakhirnya drama " RAMADAN TERAKHIR " dalam slot Samarinda TV3 , TV3 meneruskan lagi dalam bidang penyiaran dengan menyiarkan drama menarik iaitu drama terbaru sebagai ganti samarinda Ramadan Terakhir yang telah pon berakhir..

Samarinda "Jiwa & Lara " akan mengisi kekosongan dalam slot Samarinda yang bakal disiarkan pada 13hb September 2011 ini pada hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 - 11.00mlm di TV3.

Semasa preview drama ini memang agak menarik sekali kerana ia gabungan daripada pelakon yang hebat seperti lakonan mantap daripada Aaron Aziz , Nealofa , Faezah Elai , Fauzi Nawawi dan ramai lagi..Samarinda Jiwa & Lara ini merupakan drama arahan daripada kekasih/bakal suami kepada Faezah Elai itu sendiri iaitu Heykal Hanafiah..Heykal merupakan seorang pengarah yang hebat dan semakin meningkat naik namanya dipersada penerbitan drama yang terbaik di Malaysia

Okeylah..oleh itu jangan lupa saksikan drama SAMARINDA "JIWA & LARA" yang akan menemui anda pada 13 September 2011....jangan ketinggalan yer....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan