PENGIKUT BLOG

9 September 2011

Sinetron Nada Cinta...



Hai sumer…apa khabar..hopely semua sihat2 belaka ek..hari ni aku nk citer ckit pasal drama yang bakal menggantikan sinetron “HINGGA AKHIR WAKTU” lakonan Marshanda, Lucky Perdana , Asmirandah dan lain-lain lagi….Nampaknya sinetron tersebut bakal mengakhiri slot sinetron di ASTRO RIA nanti…So ASTRO RIA meneruskan dengan menyiarkan sinetron yang bakal menggantikan sinetron HINGGA AKHIR WAKTU iaitu sinetron “NADA CINTA”.

Wah..nama pon sudah mantoppp..mesti best nih nk tgk..wahahaha..apa-apa pun..masa tgk preview kat astro ria cm best jer…kira cm drama muzikal @ High School Musical kot..hahaha..p version Indonesia…

Jom kita kongsi beberapa info mengenai sinetron ini ::

Nada Cinta adalah drama lipur lara muzikal yang ditayangkan di Indosiar yang diciptakan oleh MD Entertainment pada tahun 2011 pertama tayang mulai sejak tarikh Isnin, 17 Januari 2011 dengan lagu tema soundtrack yang diambil berjudul Nada Cinta memasang lagu soundtrack drama lipur lara Nada Cinta ini dipilih lagu berjudul sama yakni Nada Cinta yang penyanyikan vokal oleh Mikha Tambayong Feat. Randy Pangalila, Dewi Sandra dan Michella Puteri.

Drama lipur lara ini dibintangi oleh Mikha Tambayong, Randy Pangalila, Olla Ramlan, Luna Maya, Primus Yustisio, Michella Puteri dan Dewi Sandra setiap hari pukul 7.00 petang.

Sinetron ini akan ditayangkan di Malaysia di Astro Ria pada 27 September 2011, tayang setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 06.30 petang.

Sinopsis ::

Faris adalah seorang anak orang kaya raya dan dilihat sedang menjalin hubungan dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu Rina ternyata hamil dan melahirkan anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia dan mak cik bibi dan dihantar ke rumah anak yatim.

Tujuh belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada selalu dibayang-bayangi keinginan untuk cepat berjumpa ibu bapanya yang entah ada di mana. Nada bertekad lari ke Jakarta.

Ketika tiba di Jakarta Pusat harus ke Menteng, Jakarta Pusat arus ke Plaza Indonesia lihat ke Entertainment X'nter Nada nyaris dilanggar kereta tapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka menjadi dekat dia ke Gambir lihat ke Monumen Nasional arus ke Jakarta Pusat lokasi ikon ke Jakarta.

Nada kini bergabung dengan 3 orang peminta jalanan. Lalu Nada dan kawan-kawanya membina sebuah warung di depan sekolah mewah, di mana Rina ternyata mengajar muzik di sini.

Nada kembali bertemu dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka semakin dekat. Sementara itu Ricky, pelajar kegemaran di sekolahan ini, terpesona dengan kemampuan menyanyi Nada. Hal ini membuat Rasty, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menghancurkan Nada. Rasty selalu berusaha menyingkirkan Nada.

Kemudian diketahui bahawa Rasty ternyata adalah anak Faris dari Nia.

Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu?

Atau

Akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina?


p/s : hahaha..cm best jer kau tgk preview dan drama nih..tapi sayang..takpat tgk..coz dh balik UUM...waaaaa..rindu romete tv :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan