PENGIKUT BLOG

9 September 2011

Cukai 6% Topup Telefon Prepaid Dan Pek Simkad Akan Di kenakan Mulai 15 September 2011



Menurut sumber, cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad akan di kenakan mulai 15 September 2011 ini. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad yang akan di kenakan mulai 15 September 2011 ini.



Untuk rekod, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Kalau dulu syarikat telco ni mampu menyerap cukai 5% tapi sejak cukai di naikkan kepada 6% bermula 1 Januari 2011, syarikat telco ini mula kehilangan keuntungan.

Sekarang ini syarikat telco ini dah tak mampu nak tanggung beban cukai ini lalu terpaksa memindahkannya cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad ini kepada pengguna.

Untuk rekod, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut. Pengguna postpaid pasti dah biasa dengan cukai 6% ini. Memang boleh nampak dalam penyata bulanan.

Bagi pengguna prepaid pasti akan merasa kesannya. Kalau nak beli topup RM 30 maka nilai yang perlu dibayar ialah RM 31.80 ( RM1.80 sebagai cukai). Bersediakah anda untuk menanggung beban ini ?

Nak salahkan syarikat telekomunikasi 100% pun tak boleh juga sebab dah tak tertanggung dah subsidi yang semakin meningkat atau boleh tak kita salahkan "pihak" yang membuat keputusan menaikkan cukai kepada 6% ?

Adakah Anda Berpuashati ????????

propaganda & keuntungan semata-mata....


sumber dari : AkuSesuatuZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan